 |
|
Kolej dan universiti swasta yang menyediakan bayaran subsidi untuk pelajar lepasan STPM/SPM/UEC. |
|
Program HOPE ditubuhkan untuk menyelaraskan penempatan pelajar-pelajar yang gagal dalam permohonan kemasukan Universiti-universiti Awam Tempatan, supaya memperolehi peluang kemasukan ke program-program akademik yang ditawarkan oleh universiti-universiti swasta tempatan, kolej-kolej universiti dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bekerjasama dengan HOPE.
Pelajar-pelajar yang berkelayakan di bawah program HOPE hanya perlu membayar ‘yuran bersubsidi’ yang disusun-atur oleh HOPE, di mana yuran yang perlu dibayar adalah lebih kurang sama berbanding dengan yuran-yuran di universiti-universiti tempatan.
HOPE juga memperkenalkan pelbagai sumbangan dan pinjaman kewangan seperti Pinjaman PTPTN ataupun daripada badan-badan kewangan dan institusi-institusi bagi tujuan untuk memastikan pendidikan berkualiti tercapai di kalangan kaum Malaysia lepasan SPM, UEC dan STPM. |
|
 |
|
|
|