HOPE roadshow HOPE Apps
Program HOPE ditubuhkan untuk menyelaraskan penempatan pelajar-pelajar yang gagal dalam permohonan kemasukan Universiti-universiti Awam Tempatan, supaya memperolehi peluang kemasukan ke program-program akademik yang ditawarkan oleh universiti-universiti swasta tempatan, kolej-kolej universiti dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bekerjasama dengan HOPE.

Pelajar-pelajar yang berkelayakan di bawah program HOPE hanya perlu membayar ‘yuran bersubsidi’ yang disusun-atur oleh HOPE, di mana yuran yang perlu dibayar adalah lebih kurang sama berbanding dengan yuran-yuran di universiti-universiti tempatan.

HOPE juga memperkenalkan pelbagai sumbangan dan pinjaman kewangan seperti Pinjaman PTPTN ataupun daripada badan-badan kewangan dan institusi-institusi bagi tujuan untuk memastikan pendidikan berkualiti tercapai di kalangan kaum Malaysia lepasan SPM, UEC dan STPM.
Custom Search

 
© 2007 Higher Opportunities for Private Education. Hakcipta Terpelihara.