Terdapat dua golongan pelajar yang berkelayakan di bawah skim ini, iaitu:
a)
Pelajar-pelajar STPM: layak untuk kursus pengajian ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh universiti-universiti swasta tempatan atau kolej-kolej universiti dan/atau kursus ijazah berkembar yang ditawarkan oleh kolej-kolej swasta yang bekerjasama dengan rakan universiti luar negara;
b)
Pelajar-pelajar SPM atau UEC: layak untuk kursus-kursus peringkat diploma atau pengasasan;
Pelajar-pelajar dikehendaki memenuhi kelayakan kemasukan untuk setiap program. Tahap minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a)
Pelajar-pelajar STPM: memperolehi Purata Mata Gred Timbunan sekurang-kurangnya 2.0, dan lulus SPM dengan 5 kredit;
b)
Pelajar-pelajar SPM atau UEC: memperolehi sekurang-kurangnya 3 kredit dalam SPM;
c)
c) Pelajar-pelajar yang belum mengikuti kursus pengajian di mana-mana IPTS sebelum keputusan permohonan HOPE diumumkan.
Syarat-syarat lain adalah berdasar kepada kursus-kursus yang ditawarkan.