 |
 |
"Saya sangat bersyukur apabila HOPE memberikan peluang kepada saya untuk melanjutkan pelajaran tanpa perlu bimbang terhadap beban kewangan. Terima kasih HOPE!"
Lim Swat Qi
(SEGi College) |
 |
"Usaha ikhlas HOPE telah mencipta laluan untuk saya mencapai cita-cita. Mereka yang telah menjayakan program ini telah mengurangkan bebanan pelajar yang layak dari segi kewangan juga dari segi sosial."
Lim Li Shan
(Limkokwing University of Creative Technology) |
 |
"Gagal mendapatkan tempat ke universiti tempatan menyebabkan saya berputus asa tetapi terima kasih kepada program HOPE, saya kembali bersemangat untuk menyambung pelajaran. Terima kasih HOPE."
Oliver Kau Mun Seng
(INTI College Subang Jaya) |
 |
"Program HOPE memberikan saya peluang melanjutkan pelajaran dengan menyediakan bayaran tusyen subsidi dan membantu saya mendapatkan pinjaman PTPTN. HOPE telah meringankan tanggungan keluarga saya. Saya akan menyatakan rasa terima kasih saya kepada HOPE dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan akademik terbaik."
M. Thurga Devi Munusamy
(SEGi College)
|
 |
"HOPE telah mengurangkan beban keluarga saya dan memberikan saya peluang melanjutkan pelajaran. HOPE telah membawa saya selangkah kehadapan dalam usaha untuk mencapai cita-cita saya dan ini adalah pengalaman yang mengubah hidup saya. Saya berasa amat bertuah dan saya sekeluarga mengucapkan terima kasih diatas peluang yang diberikan ini"
Gerard Radhan a/l Joseph
(Life College)
|
 |
"Apabila saya gagal menempatkan diri ke universiti tempatan, saya berasa sangat kecewa dan berputus asa untuk menyambung pelajaran selepas menamatkan sekolah, ini kerana keluarga saya tidak mampu untuk menghantar saya ke universiti swasta. Saya terpaksa bekerja untuk membuat simpanan bagi melanjutkan pelajaran saya. Tetapi, kehidupan saya berubah 2 bulan selepas itu apabila saya menerima surat dari HOPE yang menwarkan subsidi bayaran tuisyen bagi kursus yang disediakan di institut pengajian tinggi swasta. Saya seperti tidak percaya dengan peluang ini! Ianya adalah satu-satunya peluang saya dan kini saya sedang mengikuti Program Ijazah Amerika di Kolej SEGi. Saya amat menghargai program ini kerana ia membantu saya mencapai cita-cita saya. Terima kasih HOPE!"
Lai Fu Yee
(SEGi College) |
|